Featured Post Today
print this page
Latest Post

Sambal Tempoyak (Daun Kayu)


Mari kita masak sambal tempoyak daun kayu.

Bahan Bahannya
Pucuk ubi
Pucuk kunyit
 Pucuk lampin(kalau tak tau jangan tanya acik)
Acik pun tak tau nak cerita macam mana..he he)
 Pucuk Labu
 Petai(tak de pucuk ye)
Serai
 Cili api(mesin dengan kunyit hidup
Tempoyak

Daun2 dihiris semua..halus macam nak buat bunga rampai.
selain tu..santan kelapa
dan ikan bilis(ada jugak yang tak letak)

masakkan santan dengan cili mesin dan tempoyak
dah mendidih
masukkan daun yang dah dihiris dan ikan bilis
kemudin masukkan petai.
kaco kaco kaco  sampai masak dan pekat

dah pun masak.

cepat dimasak sedap dimakan.

Masa acik kerja diklia..ada kawan tanya 
macam mana nak buat.
acik dah cerita semua.
kemudian dia kata tak menjadi..tak ada rasa.
acik tanya
letak tempoyak banyak mana..
dia jawab 2 sudu.

Ooo alahai..mana nak cukup
kalau pucuk ubi seikat macam yang acik buat ni pun tempoyaknya acik letak 
4 senduk nasi  tu.
Baru le jadi sambal tempoyak.
ada tak yang tak pandai makan sambal ni.
kalau pandai nanti acik buat
dan bawak masa 18hb.tu
kalau tak tau makan
malas acik nak bawak
nanti tak de sape nak makan.

Ok..jumpa lagi Insyaallah.


p/s.acik simpan tempoyak..memang dah siap2 letak garam dan gula.
sebab itu tempoyak tak masam sangat..kalau yang guna 
tempoyak yang dah lama dan dah masam..sambal ni kena letak gula 
untuk mengurangkan masam tempoyak.kalau sambal tempoyak ni 
masam sangat pun tak sedap.
0 comments

Apam Tepung Beras


APAM TEPUNG BERAS

bahan bahan

1 peket tepung beras(cap teratai)
2 cawan gula pasir(setakat lekuk cawan)
4 cawan air
2 cawan tapai nasi

cara membuat tapai nasi

3 cawan nasi disejukkan
taburkan 1/3 buku ragi
gaul rata simpan 2 hari

cara membuat apam

2 cawan tapai nasi+4 cawan air dimesin,kemudian masukkan gula..mesin lagi
masukkan tepung beras,mesin lagi 5 minit,kemudian simpan selama 6 jam.
untuk lebih gebu, sebelum kukus masuk kan 2 sudu teh ENO, kacau rata2 dan kukus

Gambar apam tepung beras yang dikukus dalam talam dan dah siap dipotong...gaul kelapa parut yang ditabur sedikit garam..(gambar dari en google)
Apam yang dikukus dalam acuan cawan(gambar dari en.google)
0 comments

Apam Pisang Kukus




Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 1 bj telur 1/2 cwn gula pasir & 1/2 cwn gula perang 2 cwn tpg gandum-diayak 1 tsp soda bikarbonat(diayak) 1 tsp baking powder(diayak) 6 bj pisang-dilenyek secubit garam 3/4 myk msk @
  • *blh gunakan gula perang bru warnanya menjadii gelap sikit*

Cara-cara

  1. -pkl telur,gula & myk msk sehingga kembang & pekat. -masukkan campuran tpg & gaul sehingga sebati. -masukkan pisang & garam,gaul sehingga sebati. -sapu loyang dgn sedikit minyak.tuang adunan kedlm loyang & kukus selama 45 minit.*acuan kecil kukus selama 15 minit* dgn api sederhana. -balut tudung kukusan dgn kain. -sedia utk dihidangkan. *tq empunya resepi*
  2. Klik untuk isi cara-cara di sini
0 comments

SAYUR CAMPUR




SAYUR CAMPUR
Bahan-Bahannya:
300g bunga kobis - dipotong kecil
1 biji karot - dihiris nipis
1 peket putik jagung - dihiris nipis
2 ekor sotong - potong cincin nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung + sedikit air
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dihiris nipis


Cara Masak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan sotong, cili merah dan cili hijau. Kacau rata hingga wangi dan sotong separuh masak.
  3. Masukkan  semua sayuran. Kacau rata. 
  4. Masukkan air, sos tiram dan garam. Kacau rata dan masak hingga sayur layu.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau rata.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


0 comments

Lauk Tumis Air




TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahannya:
2 biji petola - dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
1 bungkus suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
sedikit udang sayur
2 cawan air
1 biji cili merah - dihiris serong

Bahan hiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan suun. Gaul rata dan terus tutup api
  6. Hidangkan.
0 comments
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Singgah Sini Jap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger