APAM TEPUNG BERAS
bahan bahan
1 peket tepung beras(cap teratai)
2 cawan gula pasir(setakat lekuk cawan)
4 cawan air
2 cawan tapai nasi
cara membuat tapai nasi
3 cawan nasi disejukkan
taburkan 1/3 buku ragi
gaul rata simpan 2 hari
cara membuat apam
2 cawan tapai nasi+4 cawan air dimesin,kemudian masukkan gula..mesin lagi
masukkan tepung beras,mesin lagi 5 minit,kemudian simpan selama 6 jam.
untuk lebih gebu, sebelum kukus masuk kan 2 sudu teh ENO, kacau rata2 dan kukus
Gambar apam tepung beras yang dikukus dalam talam dan dah siap dipotong...gaul kelapa parut yang ditabur sedikit garam..(gambar dari en google)
Apam yang dikukus dalam acuan cawan(gambar dari en.google)
Catat Ulasan